|
Warnai Musim Perayaan Ini bersama ERIC LEONG
Selamat datang ke dunia yang dipenuhi dengan warna-warni yang mampu membangkitkan suasana indah di dalam kehidupan kita. Setiap warna dan tona adalah berbeza dan sangat unik kerana warna mempunyai kuasa yang mampu mencetuskan spektrum emosi dalam diri seseorang. Malah ianya juga mampu mengembalikan semula kenangan indah yang pernah hadir. Warna juga mampu mempengaruhi dan menggambarkan perasaan seseorang. Dengan pilihan dan padanan warna yang tepat, anda mampu mengubah rumah anda menjadi kediaman yang sempurna untuk didiami seperti yang diimpikan sebelum ini.
Memandangkan citarasa setiap individu itu berbeza dan unik, Dulux dengan bangganya mempersembahkan edisi terbaru Dulux Warnai Musim Perayaan ini. Ianya diibaratkan sebagai sebuah buku rujukan yang mampu membantu anda dalam mencari idea megecat kediaman di dalam dan juga di luar rumah. Buku berinspirasi ini mempamerkan pelbagai set ruangan kediaman bagi mendemonstrasikan bagaimana sesuatu warna itu boleh menukarkan sebuah ruang yang biasa kepada rupa yang baru sempena menyambut musim perayaan yang bakal menjelma ini.
Dulux, Mewarnai kehidupan anda
Click here to download this brochure
|